WARSAW: Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol membuat lawatan mengejut ke Ukraine pada Sabtu, sekali gus menghantar isyarat jelas bahawa sokongan diberikan kepada negara yang dilanda perang itu.
Yoon dan wanita pertama Kim Keon Hee tiba di Ukraine berikutan lawatan rasmi tiga hari ke Poland, lapor agensi berita Yonhap menurut setiausaha kanan presiden bagi hal ehwal media Kim Eun Hye.
Beliau akan bertemu dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy kemudian hari dan berkemungkinan membincangkan bagaimana Korea Selatan boleh memberikan bantuan tambahan.
Awal Sabtu, Yoon melawat tapak pembunuhan besar-besaran di Bucha, dekat Kyiv, sebelum melawat Irpin, kawasan kediaman orang awam yang menjadi sasaran serangan peluru berpandu berskala besar, kata setiausaha akhbar itu.
Yoon telah menunjukkan sokongan padu terhadap Ukraine selaras dengan kempennya yang memperjuangkan kebebasan, hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang.
Korea Selatan telah menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Ukraine dalam krisis yang berlarutan dengan Rusia tetapi menafikan permintaan negara itu untuk bekalan senjata berbahaya.
Ini akan menjadi pertemuan Yoon-Zelenskyy kedua selepas perjumpaan di luar sidang kemuncak Kumpulan Tujuh (G7) di Hiroshima, Jepun, pada Mei.
Lawatan Yoon ke Ukraine dibuat pada penghujung lawatannya ke Poland.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 15 2023
Awal Sabtu, Yoon melawat tapak pembunuhan besar-besaran di Bucha, dekat Kyiv, sebelum melawat Irpin, kawasan kediaman orang awam yang menjadi sasaran serangan peluru berpandu. - Foto ihsan 'Ukrainian Office of the Prosecutor General' via REUTERS
[TERKINI] Mayat pemancing hilang di Tasik Pedu ditemui
Mayat Ooi Swee Hin berusia,41 tahun, ditemui pada jarak 1 kilometer dari lokasi dilaporkan terjatuh pada jam 8.05 pagi.
Afrika Selatan seru tindakan global hukum Israel
Usaha berterusan Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam kes genosid terhadap Israel menekankan pendekatan undang-undang antarabangsa yang berterusan ke arah menamatkan krisis kemanusiaan di Gaza.
AWANI Ringkas: Ribuan peserta berarak di ibu kota Kuala Lumpur
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
UAE sumbang 100 tan bantuan makanan, perubatan untuk mangsa banjir di Brazil
Dua lagi pesawat dijadual dihantar dalam tempoh dua hari lagi membawa 200 tan bantuan.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Johor kutuk keganasan, ekstremisme
DUN Johor pada Ahad, mengutuk sebarang bentuk keganasan dan ekstremisme ke atas insiden serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram.
Angka korban akibat banjir di Afghanistan cecah 400 orang
Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian.
Sarang lebah kurang di Semenanjung, racun perosak antara punca kepupusan
Lebah kini berada dalam senarai spesies terancam dan dianggarkan tahap kemusnahan serangga itu telah meningkat 42 peratus.
Negara perlu 84 balai bomba baharu - KPKT
Pembinaan 84 balai bomba baharu itu juga akan seiring dengan jumlah pegawai dan anggota yang berkhidmat di kemudahan itu.
Afrika Selatan menguatkan seruan global untuk tindakan undang-undang dalam krisis Gaza
Usaha terbaharu itu merupakan tindakan penting yang diambil negaranya dalam menyokong hak dan kenegaraan Palestin.
Pemimpin Israel berpecah kerana tadbir urus Gaza pasca perang
Ia turut didorong serangan tidak dijangka di beberapa wilayah Palestin oleh Hamas, selain kumpulan berkenaan mengumpulkan semula pasukannya di utara Gaza biarpun Israel sebelum ini, mendakwa ia sudah dinyahaktifkan di lokasi terbabit.
Presiden Yoon, Kishida setuju realisasikan sidang kemuncak Korea Selatan-Jepun-China
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida bersetuju untuk berusaha ke arah merealisasikan sidang kemuncak tiga hala dengan China.
Korea Utara cetus ancaman langsung kepada ASEAN - Presiden Korea Selatan
Program nuklear dan peluru berpandu Korea Utara merupakan ancaman langsung dan wujud kepada ASEAN.
Presiden Biden hos pertemuan pemimpin Jepun dan Korea Selatan di Camp David
Kehadiran PM Jepun dan Presiden Korea Selatan memberikan petunjuk terbaharu hubungan kedua negara itu yang disifatkan semakin mesra.
Presiden Korea Selatan adakan lawatan mengejut ke Ukraine
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol membuat lawatan mengejut ke Ukraine pada Sabtu.
Puluhan terkena serangan jantung di sambutan Halloween
Mangsa dihimpit orang ramai yang saling bertolakan di sebuah lorong sempit semasa sambutan Halloween di Seoul.
Presiden Moon tinggalkan kediaman rasmi pada 9 Mei, sehari sebelum pelantikan rasmi Yoon
Presiden Korea Selatan Moon Jae In akan berpindah dari kediaman rasminya Cheong Wa Dae (Rumah Biru) pada 9 Mei, sehari sebelum penggantinya Yoon Suk Yeol angkat sumpah jawatan.
Bekas Presiden Korea Selatan Roh Tae Woo meninggal dunia
Bekas Presiden Korea Selatan Roh Tae Woo meninggal dunia pada Selasa pada usia 88 tahun.
NCT di Malaysia: 'Walaupun tak nampak secara dekat, kita tetap teruja' - NCTzen
Peminat K-Pop membanjiri pusat beli-belah One Utama demi bertemu dengan kumpulan terkenal k-pop, NCT Dream yang hadir sempena acara 'K-Wave & Halal Show in Malaysia'.
Demam K-Pop! NCT Dream sambut kedatangan Presiden Korea Selatan di One-Utama
DEMAM K-Pop hari ini melanda Malaysia! Bagi peminat K-Pop, kedatangan kumpulan NCT Dream memberikan keterujaan kepada mereka.
Presiden Korea Selatan serah urusan pendakwaan skandal kepada peguamnya
Presiden Korea Selatan Park Geun-hye menggunakan khidmat peguamnya bagi berdepan siasatan pihak pendakwa raya.